SULTAN SULAIMAN AL-QANUNI, MASJID DAN PEMBERIAN PEMERINTAH SYIAH

1280px-Istanbul_-_Mesquita_de_Solimà_-_Porta_de_Muvakkithane
Siapa yang tidak kenal dengan binaan masjid terkenal di Turki, Masjid Sulaimaniyyah atau Süleymaniye Camii. Evliya Celebi memulakan catatan pengembaraannya dalam Siyahatname dengan menceritakan perihal ibu kota kekhalifahan Islam ketika itu, Istanbul. Salah satunya berkenaan masjid ini.
.
Evliya Celebi menceritakan bahawa tatkala masjid ini sedang dalam proses pembinaan, ia terpaksa diberhentikan selama setahun kerana Sultan Sulaiman al-Qanuni bertindak memperuntukkan dana untuk projek kebajikan yang lebih utama ketika itu. Maka, terhentilah seketika proses pembinaan masjid ini.
.
Mengetahui hal ini, Shah Tahmasp (pemerintah Kerajaan Safawiah Syiah) yang menjadi musuh politik dan agama bagi Sultan Sulaiman dan Kerajaan Uthmaniah bertindak menghulurkan sumbangan kepada Sultan Sulaiman berupa 1000 kantung wang emas dan sebuah kotak penuh dengan barang perhiasan. Tujuannya untuk memperlekahkan sultan yang dilihatnya sedang kekurangan dana untuk projek masjidnya.
.
Tulis Shah Tahmasp dalam surat kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni:
 
“Saya dengar bahawa kamu tidak memiliki dana yang cukup untuk menyelesaikan pembinaan masjid ini. Sebagai tanda persahabatan kita (melalui perjanjian damai), saya telah mengirimkan wang dan barang perhiasan ini untuk kamu jual dan wang hasil jualan tersebut bolehlah kamu gunakan untuk menyelesaikan pembinaan masjid ini. Izinkan saya berkongsi pahala daripada usaha kebajikan kamu itu.”
.
Mendengar ungkapan yang sebegitu, Sultan Sulaiman al-Qanuni lantas memerintahkan supaya mengagihkan kesemua 1000 kantung wang emas itu kepada penduduk Yahudi di kota Istanbul tanpa tersisa. Kemudian, sultan memerintahkan Mimar Sinan, ketua projek masjid untuk menggunakan segala barang perhiasan yang terkandung di dalam kota itu bersama bahan-bahan binaan yang lain dan bertitah:
 
“Segala batu berharga yang ada pada barang perhiasan yang dikirimkan ini tidaklah bernilai apa-apa jika dibandingkan dengan batu batuan yang digunakan untuk masjid beta.”
.
Begitulah secebis kisah betapa tegasnya Sultan Sulaiman al-Qanuni terhadap ancaman golongan Syiah yang seringkali menggugat kestabilan dan keamanan umat Islam amnya dan umat Islam Sunni khasnya. Hatta bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pihak sana, tidak diterima oleh sultan.

Tentang Penulis

You may also like...