GPTD akan memeriahkan Rumah Beta dengan aktiviti dan kelas yang lebih kerap. Ada kelas yang bersifat umum dan khusus untuk pelajar PT3 dan SPM. Kenali kelas, tenaga pengajar dan jadual di bawah.
Kelas Bulanan
Diskusi Sejarah Usmaniyah
RC Najmuddin berpengalaman dalam kajian sejarah dan Tamadun Turki Usmaniyah. Kelas setiap Sabtu minggu ketiga jam 10.00 pagi
Siri Tamadun Islam
RC Suhail sedang jelajah pembinaan penerangan garis masa tamadun Islam. Kelas setiap Sabtu minggu keempat jam 10.00 pagi
Penulisan Kreatif
RC Yusni seorang jurulatih bertauliah dalam bidang latihan, penulisan dan pengurusan. Kelas setiap Ahad minggu kedua jam 10.00 pagi
CurHat Helmeedcc
RC Helmee pernah berkhidmat dengan stesen TV dan menerbitkan pelbagai siri rancangan TV. Kelas setiap Selasa minggu kedua jam 8.00 malam
Perancangan Projek Misi
RC Hakim banyak menguruskan relawan melaksanakan projek misi di dalam dan luar negara. Kelas setiap Jumaat minggu kedua jam 8.00 malam
Asas Suntingan Video
RC Huzaifah seorang penyunting yang ditauliahkan oleh FINAS. Pernah menyunting drama TT dan komersial. Kelas setiap Rabu minggu ketiga jam 8.00 malam
Asas Reka Grafik
RT Azym merupakan pereka grafik GPTD yang menghasilkan grafik poster dan banner yang menarik. Kelas setiap Sabtu minggu kedua jam 10.00 pagi
Asas Pengkajian Sejarah
RA Aliff penyelidik sejarah GPTD. Beliau telah menulis 5 buah buku bertemakan sejarah dan sukarelawan. Kelas setiap Sabtu minggu pertama jam 10.00 pagi
Kelas Mingguan
Tuisyen Sejarah
Kelas fokus kepada pelajar PT3 & SPM untuk memberi keseronokan belajar subjek Sejarah bagi menghadapi PMR & SPM. Kelas setiap hari Selasa jam 8.00 malam
Tuisyen Bahasa Inggeris
Kelas fokus kepada pelajar PT3 & SPM untuk memantapkan pembelajaran bahasa Inggeris menghadapi PMR & SPM. Kelas setiap hari Selasas jam 2.30 petang
Al-Quran dan Tajwid
RA Izzat bertugas sebagai bilal di Masjid di Selangor dan bertauliah mengajar al-Quran dan Tajwid. Kelas setiap Rabu jam 8.00 malam
Jadual Kelas
Anda juga boleh klik + Google Calendar di sudut kanan bawah untuk simpan di kalendar anda