
Latar Belakang Program
- Kesukarelawanan merupakan salah satu nilai yang perlu ada pada individu yang cemerlang. Masyarakat yang produktif lahir dari kelompok individu cemerlang. Namun, apa yang membimbangkan adalah nilai murni tersebut semakin pudar di kalangan masyarakat masa kini khususnya di kalangan belia yang menjadi pewaris kepimpinan generasi masa hadapan.
- Pelbagai gejala sosial sudah menjadi perkara biasa masyarakat terutamanya anak muda termasuk kesalahan akidah, kempen membuka aurat, seks luar nikah dan sebagainya.
- Pengalaman NGO-i apabila dipadukan dengan gerak kerja dakwah yang sistematik sepertimana Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor mampu menghasilkan suatu gelombang kesedaran Islam yang jitu bagi anak muda.
Objektif
- Membentuk peribadi yang mengenali siapa diri dan faham tanggungjawab.
- Membina keyakinan diri dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
- Mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti berpesatuan.
- Membina kerangka pemikiran belia bersahsiah mulia.
Sasaran Peserta
Belia berumur 18-30 tahun
Tarikh
29, 30 November – 1 Disember 2019
Tempat
Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor
Yuran
Percuma
Tentatif
HARI PERTAMA : 29 November 2019, Jumaat
3:00 ptg Ketibaan / Pendaftaran Peserta
Solat Asar / Minum petang
5:30 ptg Taklimat / Taaruf & Pembahagian Kumpulan
6.30 ptg Makan malam / Solat Maghrib / Tazkirah Maghrib / Solat Isyak
9:00 mlm Sesi Penetapan Minda (Muhammad Suhail Ahmad) Oleh GPTD
Minum malam
Istirahat
HARI KEDUA : 30 November 2019, Sabtu
4.30 pg Bangun pagi
5.00 pg Qiyamullail / Solat Subuh / Tazkirah Subuh / Bacaan al-Ma’thurat
7:00 pg Senaman pagi / Sarapan pagi / Persiapan Diri
8:30 pg Sesi 1: Hala Tuju Kehidupan (Ustaz Pahrol Mat Juoi) Oleh: MUBALLIGHAT
10.00 pg Minum pagi
10.30 pg Sesi 2: Asas Kesukarelawanan Muslim Sejati (Mohd Zul Amirul Izwan Mat Derasah) Oleh: SAHABAT HOSPITAL
12:00 tgh Latihan Dalam Kumpulan
1.00 tgh Makan tengah hari / Solat Zuhur / Rehat
2:00 ptg Aktiviti Lasak
5:00 ptg Minum petang
Solat Asar/Al-Ma’thurat
6:30 ptg Makan malam / Solat Maghrib / Tazkirah Maghrib / Solat Isyak
8.30 mlm Sesi 3: Ancaman Akidah dan Sosial (Dai’ Muhammad Adam Muhibullah Abdullah) Oleh: AL-HUNAFA
10:00 mlm Minum malam
10:15 mlm Latihan Dalam Kumpulan 2
11:15 mlm Istirahat
HARI KETIGA : 1 Disember 2019, Ahad
5:30 pg Qiyamullail / Solat Subuh / Tazkirah Subuh / Bacaan al-Ma’thurat
7:00 pg Senaman pagi / Sarapan pagi / Persiapan diri
8:30 pg Sesi 4: “Ibrah dari Sejarah” (Najmuddin bin Mohd Nawi) Oleh: GPTD
10:00 pg Minum pagi
10:15 pg Latihan Dalam Kumpulan 3
11:00 pg Sesi 5: Pembentangan Berkumpulan
12:30 tgh Majlis Perasmian Penutup Program oleh Ustazah Sabariah Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah JAIS
Aku janji / ikrar / pemberian sijil peserta
Sesi bergambar
Makan tengah hari
Solat Zuhur
2:00 ptg Bersurai
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi http://wasap.my/60107685958
Sila daftar dengan mengisi borang RSVP di bawah
(Masukkan bilangan peserta menggunakan angka dan borang akan keluar serta merta)
Borang pendaftaran Kem Sukarelawan Jati Diri NGOi