Kem Asas Sukarelawan dan Jati Diri Melabuhkan Tirai

1 Disember 2019, Batang Kali – Seramai 35 orang dari sekitar Malaysia khususnya Selangor telah menyertai Kem Asas Sukarelawan dan Jati Diri anjuran bersama 15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (PIBK) Kluster Dakwah dan Islah (KS1) Majlis Agama Islam Selangor MAIS bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor.
Kem selama 3 hari ini memfokuskan tentang sukarelawan, jati diri dan isu-isu semasa ummah yang berlaku di Malaysia. Selain itu juga peserta didedahkan dengan aktiviti fizikal yang menguji stamina dan mental.
Peserta berpeluang mengenali rakan-rakan serta urusetia yang datang dari pelbagai latar belakang pertubuhan melaksanakan program dan projek yang menarik.
Harapan kem ini semoga setiap peserta yang telah mengikuti dapat mengahayati erti sebenar semangat kesukarelawanan, faham hala tuju kehidupan serta mampu membantu menjadi ejen memberi kefahaman tentang isu ummah kepada masyarakat di luar sana.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
(Al-Kahfi 18:110)
#relawanummah
Lagi gambar-gambar kem klik sini
Saksikan bingkisan video sepanjang kem berlangsung.