Madrasah di China ini menggunakan “Sistem Sebaris” untuk pelajar mereka

Catatan ini dikongsikan oleh Saudara Muhammad Suhail dalam siri lawatan Menjejak Cheng Ho di China

Kali ini aku nak kongsikan betapa mantapnya sistem madrasah di Shadian. Moga ada kebaikan untuk dicontohi.

Kelas Pelajar Lelaki

Kelas Pelajar Lelaki

“Di sini kami ada 7 sistem sebaris. (1) Sebaris kasut, (2) sebaris bagasi, (3) sebaris bantal dan selimut, (4) sebaris berus gigi, (5) sebaris sabun mandi, (6) sebaris pakaian dan (7) sebaris cawan.”

 

Bekas berus gigi dan alatan lain tersusun selari

Kasut dan bagasi juga disusun selari

Penerangan ustazah Maryam mengejutkan kami. Begitu teliti sistem dicipta untuk mendisiplinkan pelajar. Pada setiap kali tinggalkan asrama untuk ke kelas, pintu bilik mestilah dibuka dan 7 sistem ini akan diperiksa. Jika tak mengikut sistem, markah ditolak. Maksudnya, kalau kasut senget sikit pun akan ditolak markah.

Bukan itu sahaja.. di dalam setiap kelas disediakan peti besi. Setiap hari sebelum kelas bermula, telefon pintar masing-masing perlu disimpan di dalam peti besi sehinggalah tamat sesi pembelajaran. Jadi, telefon pintar tidak dilarang guna kecuali waktu belajar.

Peti besi yang ditempatkan di dalam kelas

Di dewan makan, tangga dan tandas tertera nombor bilik pelajar. Ia bermaksud meja makan, ruang tangga dan tandas perlu dipastikan bersih pada setiap masa oleh penghuni bilik berkenaan. Jika tidak, markah ditolak. Pinggan mangkuk juga dibasuh sendiri dan disimpan di dalam peti simpanan. Makanan dewan makan dilarang bawa ke bilik.

Apa lagi? Hah, ini menarik juga.

Koleksi kitab-kitab hadis bukhari, muslim dan lain-lain dalam bahasa Cina

Perpustakaan madrasah turut menyediakan buku ilmu sains, fizik, kimia dan biologi untuk dibaca selain agama, politik, geografi, sejarah dan lain-lain. Peraturannya mudah. Tiada buku yang boleh dibawa keluar. Lebih menarik lagi, sesiapa yang banyak membaca buku pada setiap minggu, dia layak tebus secawan kopi atau teh istimewa untuk diminum di perpustakaan.

Pustakawan dan kopi/teh yang disediakan untuk ditebus pelajar yang banyak membaca

Madrasah ini juga membuka kelas kepada surirumah lelaki dan perempuan untuk hadir kelas al-Quran. Pergi dan pulang dari masjid perlu beratur berdua-dua jalan dalam barisan.

Kelas Pelajar Perempuan

Kami kan datang mengejut, jadi tak mungkinlah mereka berlakon depan kami. Mereka tak tahu pun kami datang sampaikan terpaksa kami tunggu hingga ada guru yang hendak melayan.

Kalau terdidik begini, agak-agaklah kan bagaimana bakal graduan ini kelak ya?

#jejakchengho
#ikonumat

Tentang Penulis

You may also like...