Kenyataan Media Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

[ Kenyataan Media Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ]
Sebagai salah satu anggota PIBK MAIS, GPTD cakna akan berita yang tular berkenaan insiden penyalahgunaan kalimah Allah yang telah membangkitkan rasa kurang selesa dan kemarahan umat Islam di negara ini.
Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa menghormati antara satu sama lain dan sentiasa mengekalkan keharmonian dalam negara ini.
Kami menyokong tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dalam insiden ini dan amat berharap kejadian seumpamanya tidak akan berulang.
Berikut dilampirkan Kenyataan Media Bersama PIBK MAIS:
———-
PENGGUNA BERNAMA “ALLAH ARDILAS ANAK ALLAH TAALA” MELUKAKAN HATI ORANG ISLAM DAN BERCANGGAH DENGAN ENAKMEN PENGAWALAN UGAMA BUKAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR
Pada 11 Jun 2021, insiden seorang pelanggan yang bukan beragama Islam di sebuah syarikat penghantar makanan dipukul kerana menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti beragama iaitu “Allah Ardilas Anak Allah Taala” telah menjadi bahan viral (tular) di media sosial.
Perbuatan pelanggan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang, bukan sahaja kepada sekumpulan penghantar makanan beragama Islam, malah juga menjadi perdebatan di media sosial. Insiden ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang yang bukan beragama Islam mendatangkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Negeri Selangor.
Kami (anggota-anggota PIBK MAIS) menyokong tindakan pihak Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan berkenaan isu ini di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana pelanggan bukan Islam tersebut dengan sengaja menggunakan perkataan Allah yang melukakan perasaan umat Islam.
Kami juga berpendirian bahawa perbuatan pelanggan yang bukan beragama Islam menggunakan kalimah Allah sebagai sebahagian namanya dalam aplikasi penghantaran makanan tersebut adalah bertentangan dengan seksyen 9 Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Negeri Selangor.
Insiden kekecohan melibatkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam juga bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga telah berlaku kekecohan, protes dan perdebatan termasuk di media sosial, apabila Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Justeru, kami menggesa pihak Kerajaan dan Pihak Berkuasa Agama untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kalimah Allah tidak digunakan oleh orang bukan Islam kerana kalimah tersebut merupakan kalimah suci orang Islam yang merujuk kepada Allah, Tuhan yang Satu (Esa) yang menjadi asas aqidah orang Islam.
Berdasarkan insiden ini, jelas menunjukkan bahawa perkara ini adalah suatu perkara serius yang perlu ditangani dengan segera kerana ia terbukti boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
———
Anggota-anggota PIBK MAIS;
1. Persatuan Kebajikan Wanita Selangor – Bakewanis
2. Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam – iCare
3. Yayasan Pendidikan al-Quran bagi anak Istimewa (FAQEH)
4. EWANIS (Ikatan Wanita) Islam Selangor
5. MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
6. Pertubuhan Cahaya Prihatin Selangor (CahayaCare)
7. Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Selangor (DM Care)
8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
9. Pertubuhan Muallaf Progress (PMP)
10. Persatuan Ikhwan ALKHIDMAH Malaysia
11. Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL)
12. Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan (DAIE)
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
14. International Muslim Women Union – Malaysia (IMWU)
15. Pertubuhan Ummah Malaysia – PUMA
16. Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC)
17. Ammar Al-Fatih Trust Foundation
18. Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD)
19. Persatuan Oku Berdaya Hulu Langat
20. Persatuan SAHABAT Universal Malaysia (PSUM)
21. Muslim Care Malaysia Society
22. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS)
23. Akademi Intelektual Muda
24. Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIIM)
25. PEMADAM Negeri Selangor
26. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
27. Pertubuhan Guru Kafa Sabak Bernam (PGK)
28. Yayasan Kasih Tauhid (YKT)
29. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
30. Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor
31. Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Selangor (PPIM)
32. Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (Perkemas)
33. Persekutuan Seruan Islam Selangor dan WP (JAMIYAH)
34. Tanggung Jawab Asas, Sosial & Kebajikan – TASK(M)
35. Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS)
36. Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
37. Pertubuhan Ummah Malaysia – PUMA
38. Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP)
39. Yayasan ARISMA
40. Pertubuhan Mujahideen98 Selangor (PERMULA)
41. Haluan Selangor
42. Persatuan Cina Muslim Malaysia Selangor (MACMS)
43. Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT HOSPITAL)
44. Hidayah Centre Foundation (HCF)
45. Persatuan Kebajikan Wanita Selayang (PERKAWANIS)
46. Persatuan Muballighat Negeri Selangor (MUBALLIGHAT)
47. Multiracial Reverted Muslim (MRM)
48. Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor (HAQ-S)
49. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

You may also like...