Kem Asas Sukarelawan Jati Diri NGO-i

Latar Belakang Program

  • Kesukarelawanan merupakan salah satu nilai yang perlu ada pada individu yang cemerlang. Masyarakat yang produktif lahir dari kelompok individu cemerlang. Namun, apa yang membimbangkan adalah nilai murni tersebut semakin pudar di kalangan masyarakat masa kini khususnya di kalangan belia yang menjadi pewaris kepimpinan generasi masa hadapan.
  • Pelbagai gejala sosial sudah menjadi perkara biasa masyarakat terutamanya anak muda termasuk kesalahan akidah, kempen membuka aurat, seks luar nikah dan sebagainya.
  • Pengalaman NGO-i apabila dipadukan dengan gerak kerja dakwah yang sistematik sepertimana Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor mampu menghasilkan suatu gelombang kesedaran Islam yang jitu bagi anak muda.

Objektif

  • Membentuk peribadi yang mengenali siapa diri dan faham tanggungjawab.
  • Membina keyakinan diri dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
  • Mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti berpesatuan.
  • Membina kerangka pemikiran belia bersahsiah mulia.

Sasaran Peserta

Belia berumur 18-30 tahun

Tarikh

29, 30 November – 1 Disember 2019

Tempat

Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor

Yuran

Percuma

Tentatif

HARI PERTAMA : 29 November 2019, Jumaat

3:00 ptg Ketibaan / Pendaftaran Peserta 

Solat Asar / Minum petang

5:30 ptg Taklimat / Taaruf & Pembahagian Kumpulan

6.30 ptg Makan malam / Solat Maghrib / Tazkirah Maghrib / Solat Isyak  

9:00 mlm Sesi Penetapan Minda (Muhammad Suhail Ahmad) Oleh GPTD 

Minum malam 

Istirahat

 

HARI KEDUA : 30 November 2019, Sabtu 

4.30 pg Bangun pagi

5.00 pg Qiyamullail / Solat Subuh / Tazkirah Subuh / Bacaan al-Ma’thurat

7:00 pg Senaman pagi / Sarapan pagi / Persiapan Diri

8:30 pg Sesi 1: Hala Tuju Kehidupan (Ustaz Pahrol Mat Juoi) Oleh: MUBALLIGHAT 

10.00 pg Minum pagi 

10.30 pg Sesi 2: Asas Kesukarelawanan Muslim Sejati (Mohd Zul Amirul Izwan Mat Derasah) Oleh: SAHABAT HOSPITAL

12:00 tgh Latihan Dalam Kumpulan

1.00 tgh Makan tengah hari / Solat Zuhur / Rehat 

2:00 ptg Aktiviti Lasak

5:00 ptg Minum petang 

Solat Asar/Al-Ma’thurat

6:30 ptg Makan malam / Solat Maghrib / Tazkirah Maghrib / Solat Isyak

8.30 mlm Sesi 3: Ancaman Akidah dan Sosial (Dai’ Muhammad Adam Muhibullah Abdullah) Oleh: AL-HUNAFA

10:00 mlm Minum malam

10:15 mlm Latihan Dalam Kumpulan 2

11:15 mlm Istirahat

 

HARI KETIGA : 1 Disember 2019, Ahad 

5:30 pg Qiyamullail / Solat Subuh / Tazkirah Subuh / Bacaan al-Ma’thurat 

7:00 pg Senaman pagi / Sarapan pagi / Persiapan diri

8:30 pg Sesi 4: “Ibrah dari Sejarah” (Najmuddin bin Mohd Nawi) Oleh: GPTD

10:00 pg Minum pagi 

10:15 pg Latihan Dalam Kumpulan 3

11:00 pg Sesi 5: Pembentangan Berkumpulan

12:30 tgh Majlis Perasmian Penutup Program oleh Ustazah Sabariah Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah JAIS

Aku janji / ikrar / pemberian sijil peserta

Sesi bergambar

Makan tengah hari

Solat Zuhur 

2:00 ptg Bersurai

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi http://wasap.my/60107685958

 

Sila daftar dengan mengisi borang RSVP di bawah

(Masukkan bilangan peserta menggunakan angka dan borang akan keluar serta merta)

RSVP
Kem Sukaralewan Jati Diri NGOi

Borang pendaftaran Kem Sukarelawan Jati Diri NGOi

21 remaining