Dari Madagaskar ke Malaysia. Jom dengar cerita gadis ini…

Nur Aina gadis dari Madagaskar yang fasih berbahasa Melayu akan pulang ke negaranya semula beberapa hari lagi setelah setahun berada di Malaysia.
 
Namun baki beberapa hari yang tinggal ini kami sempat aturkan satu perkongsian hasil kerjasama Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Aina akan berkongsi tajuk “Dari Madagaskar ke Malaysia” bercerita tentang pengalaman yang unik dalam hidupnya sepanjang di Malaysia. Aina juga telah menulis sebuah buku “Asas Perbualan Malagasy-Melayu”. Buku turut dijual pada sesi tersebut.

Jemput hadir bagi yang berkelapangan pada:

Tarikh: 10 Julai 2019 (Rabu)
Masa: 3.00 – 4.00 petang
Tempat: Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Yuran: Percuma

Tempat terhad kepada 40 orang sahaja. Klik untuk pengesahan kehadiran http://wasap.my/60107685958/HADIR_MADAGASKAR_NAMA

 

Tentang Penulis

You may also like...